click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, February 4, 2011

Perjalanan & Penantian yang Menyeksakan!!

 ~Catatan 2 Hari Perjalanan Pulang ke Kampung yg tak Dirancang~

Khamis (3/2/2011) :
  • Turun dari maktab pukul 7 pagi ke Medan Gopeng
  • Tunggu punya tunggu sampai pukul 10 pagi - nasib baik ada tiket bas ke Kota Bharu (Bas Mahligai)
  • Tunggu lagi  sampai pukul 11 bas sampai - bas lewat sebab traffict jam ~ urggggghhhh~ =..= !!
  • On the way traffict jam lagi kat highway - raya Cina punya pasal.. uhhhhhhhh!! 
  • Pukul 7 malam sampai kat Kota Bharu ( Ipoh - Jeli - Pasir Mas - Kota Bharu)
  • Pukul 8 - candle light dinner (^_*) ~
  • Plan nak balik umah terus malam tapi tak jadi - tido umah kawan baik time sek. men. kt Binjai KB. ( Nisha =) )
  • Kebetulan dia ada wat BBQ kt umah dia...alhamdulillah langkah kanan..hehehehehehe =)
  • Pukul 1 tido ~ ZZzzzzz (-.-) ~
Jumaat (4/2/2011) :
  • Pukul 8.30 pagi - pergi umah saudara Nisha ( ada Majlis Bercukur baby )
  • Pukul 9 pagi - pergi ke Stesen Bas KB kat Parkson 
  • Tunggu bas..Sepatutnya naik bas City Liner ke Kuala Besut tapi bas tak de ..so naik bas ke Pasir Puteh
  • Pukul 10 pagi sampai Pasir Puteh (fon N70 buruk aku kebetulan kehabisan bateri..aku lak tak ingat no sape2 yang terdekat kecuali no umah aku...huhu nyesal pulak tak hafal no ..huhuhuuhuhh... terpaksa la guna public fon..huk3..) 
  • Tunggu bas ke Kuala Besut tapi xde..Teksi dia tak nak ambik sorang penumpang je...tunggu lagi
  • Tunggu la sampai pukul 2 lepas orang solat Jumaat - bas tak de lagi ( ada tapi terlepas bas masa kol umah aku..argggggghhh!!! )
 ~~ Aku nak nangis & jerit sekuat hati ...tapi aku tahan je dalam lubuk hati...tensen yang teramat tensen!!!~~!
  • Last  sekali aku ambik gak teksi..kena tunggu gak 15 minit ( tunggu penumpang sorang lagi..uhukk3~)
  • Pukul  3.15 gerak ngan teksi ke Kuala Besut ( Kampung Pachakan)
  • Pukul 4 baru sampai umah...................!! Sempat gak tengok anak buah yg baru umo 20 hari.. sejuk sket hati.. kebetulan akak2 sume (kecuali sorang) ada kt umah time tu.. hepi leh jumpa anak27 buah aku..hahahhahhahaa................................ (^__________^)
~~~~~ Aku penattttttttttttttt!!!! ~~~~
*** tapi tu lebih baik daripada sewel dalam bilik kat asrama
at least aku boleh tengok orang2 & suasana sekeliling
yang paling penting aku mampu berdikari...yeah3!!!

Ahad (6/2/2011) gerak balik Ipoh 
tapi kena turun KL dulu sebab tumpang kereta ayah Shamimi @ Mimi
kemudian baru turun Ipoh 
sebab tiket nak ke Ipoh dah SOLD OUT~ 
raya Cina punya pasal..uhhhhhhh! 
apa2 pun harap selamat sampai Ipoh 
~ AMINN ~

Wednesday, February 2, 2011

Saya Mau PuLang!!!

Esok nak try cari tiket balik kg..kalau ada lagi aku nak balikkkkkk!! Leh sewel duk sini sorang2 & lama... biala cuti ada 4 hari lagi..tak kira aku nak balik gakkkkk!! uhhhhh!!!

Laptop Dah Pulih

 (^_^) Yeyey! Laptop dah Ok~ Leh OnLine 25 Jam/ Hari (^_^)

Monday, January 24, 2011

Hannah Montana ~ I Miss You

Sha la la la la
Sha la la la la

You used to call me your angel
Said I was sent straight down from heaven
You'd hold me close in your arms

I loved the way you felt so strong
I never wanted you to leave
I wanted you to stay here holding me

[CHORUS]
I miss you
I miss your smile
And I still shead a tear
Every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow
My heart won't let you go
And I need you to know
I miss you, sha la la la la
I miss you

You used to call me your dreamer
And now I'm living out my dream
Oh how I wish you could see
Everything that's happening for me
I'm thinking back on the past
It's true that time is flying but too fast
 
CHORUS]

I know you're in a better place, yeah
But I wish that I could see your face, oh
I know you're where you need to be
Even though it's not here with me

I miss you
I miss your smile
And I still shead a tear
Every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow
My heart won't let you go
And I need you to know
I miss you, sha la la la la

I miss you
I miss your smile
And I still shead a tear
Every once in a while
And even though it's different now
You're still here somehow
My heart won't let you go
And I need you to know
I miss you, sha la la la la

Sunday, January 23, 2011

Kembali Pulang (^_^)

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi

Kini datang kembali

*
Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku



Reff:
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Akan kubawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang kudendangkan

Dan takkan kulepaskan


Saturday, January 22, 2011

Bila Rindu






Rindu adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.

Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangka waktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah.. Huhuhuhu.. Adakah anda seperti itu??

Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.

Saya yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila anda bersendirian.. Bagi mengelakkan perasaan rindu saya mendapat beberapa tips ini :-

  • Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit..
  • Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.
  • Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..
  • Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.
  • Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-Quran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektif dan sentiasalah merindui-Nya… InsyaALLAH..
  • Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya.
Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan dengan anda. Harap dapat beri manfaat kepada anda semua termasuk la diri saya sendiri. InsyaALLAH...

Doa Jodoh






Ya Allah,


Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah,
Aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, 
Jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin....