click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Friday, February 3, 2012

MaSam MaNis RuMahTanGGa (2)


Isteri baring di paha suami yang sedang menonton tv selepas mengemas dapur...



Suami : sayang penat yea..

Isteri   : emm..(matanya kuyu)
Suami : ..(tunduk dan kucup bibir senyap2) dah 'recharge energy'!hihi.. (^.^)

* 'Recharge energy' kpd suami/isteri akan menghilangkan penat! hihi.. ^^


MaSam MaNis RuMahTanGGa (1)


Hari ni birthday isteri...



Suami : ...(bisik dlm hati : "Hujung bulan ni..Tak apalah tak lunch, boleh duitnya belikan
            'hadiah' utk isteri aku,col dlu order la..Emm..Lambatnya kul 5 nak balik...")

Tepat jam 5, cepat2 suaminya bergegas balik, sebelum tu singgah di kedai mengambil 'hadiah' yg telah diorder td..Sesampai dirumah..Senyap2 merapati isterinya yg sibuk di dapur, terus dipeluknya dan ditunjukkn 'hadiah' td..

'Hadiah'nya ialah sekotak cupcake kegemaran isterinya! Sgttt comel bentuknya dgn tulisan "SELAMAT HARI LAHIR ISTERI TERCINTA, ABANG TAK PERNAH BERHENTI MENYAYANGI SAYANG" (^.^)

* Jgn jadikan alasan tiada duit utk tak menghargai insan yg tersayang :)


Tuesday, January 31, 2012

Rahsia Kehangatan Rumahtangga ♥

Cium tangan suami, kucup dahi isteri.



Untuk mekarkan hubungan suami isteri dan cinta yang berkekalan;-)



Isteri tidur di atas lengan suami.


Sebab pelukan suami dapat terbitkan rasa kasih sayang suami isteri dan isteri lebih hormat pada suami. Kita jadikan ini sebagai amalan, paling kurang 30 minit pada awal  tidur.. tapi kalau boleh sampai pagi lagi bagus;-)



Isteri cium tangan suami, suami kucup dahi isteri.




Sebab bila kita salam tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil. Kan restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun kita juga akan dapat pahala;-) Suami pun dapat pahala jugak kalau dia kucup dahi isteri. Tambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh dipraktik bila nak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan bila nk tidur pun boleh;-)



Suami selalu peluk isteri. (Sengaja / spontan)




Isteri bahagia kalau dipeluk suami. Rasa sangat dihargai. Hilang penat dan lelah balik kerja. Masa isteri rehat , masa masak pun boleh. Rasa sayang juga akan terbit dengan ikhlas. Bila ada keihklasan, maka kebahagiaan rumah tangga akan lebih mekar mewangi.



Doa bila peluk suami / isteri. bagus dibaca untuk eratkan kasih sayang.





“Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.”




Mandi bersama.

Mandi kan sucikan diri kita.. bagus sebagai  amalan suami isteri. praktikalnya, ia rahsia rumahtangga;-)



Selamat beramal 
(^________^)


Kronologi Hidup Bergelar Suri ♥


Assalamualaikum w.b.t

Fuhh! Lamanya tak update blog ni..!
Sibuk manjang je sejak uruskan Big Day..
Sedar tak sedar dah masuk 1 bulan 12 hari dah hidup sebagai suri..
Cepat betul masa berlalu kn?..huhu~
(mood pengantin baru tak habis lagi la..huhuhu)

Tak nak tulis panjang2, cuma nak imbas balik apa yang dah berlaku dalam masa lebih kurang 1 bulan ni..huhu~

·         1/12/2011 (Khamis) ~ akad nikah sebelah malam



·         3/12/2011 (Sabtu) ~ majlis resepsi kat rumah saya





·         4/12/2011 (Ahad) ~ majlis sambut menantu 



·         5/12/2011 (Isnin) ~ majlis resepsi sebelah perempuan kat Setiu (bapa sedara)

·         11/12/2011 (Ahad) ~ majlis sambut menantu rumah bapa sedara kat Kuantan  Pagi tu sempat lagi pergi mandi kat Gambang Water Park ngan mak sedara hubby & anak-anak..tapi sayangnya tak sempat ambik gambar pon pasal syok sangat mandi manda ngan hubby..hehhee ^_^)

·         Tiada tarikh ~ berlaku peristiwa hitam :  laptop, handset & broadband aku kena curi kat pencuri tak bertauliah! pencuri tu sempat naik rumah aku waktu subuh & sapu semua benda yg aku sayang! grrrr~ Tapi aku senyapkan je benda ni & tunggu laptop tu datang balik! huk3

·         16-19/12/2011 ~ kakak sulung & kakak no 6 ajak pergi Melaka, Selangor & Jerantut jalan2 rumah kakak .. ada la sikit gambar yg sempat ambik..heheh J








·         21@22/12/2011 ~ kakak sulung call masa aku ada kat rumah mertua, dia cakap ada orang hantar balik laptop aku..alhamdulillah tiada data yang hilang kecuali koleksi gambar sejak masuk matrik.. semua gambar dulu2 dah tak ada.. sedih.. cubaan L
·        
31/12/2011 ~ turun KL sebab nak hantar bibik ke LCCT.. dia nak balik Kemboja setelah 2 tahun berkhidmat kat rumah mertua..huhu.. sampai je tumpang bermalam kat rumah kawan hubby kat Pantai Dalam. Paling best malam tu dapat sambut Tahun Baru 2012 bersama hubby.. keluar tengok orang main mercun dekat kawasan perumahan tu jugak.. Suka sangat dapat sambut tahun baru buat pertama kali sejak bergelar isteri, bersama dengan suami yang dikasihi J

·          2/1/2012 (Tahun Baru) ~ turun Cameron Highland.. kononnya pegi honeymoon la.. haha (^_^) .. Ok la sebab boleh ada privacy dengan hubby tanpa gangguan sesiapa..hehe.. bermalam dekat Hotel Equatorial semalaman.. best sangat dapat pegi taman orkid, taman rama-rama, tapi sedikit kecewa sebab banyak kedai kat situ tutup..mungkin masih bercuti tahun baru kot.. lepas tu kecewa tak dapat pergi taman strawberi sebab semua kedai tutup, ada yang cakap musim tu strawberi dah habis dikutip, tak ada buah dah..huhu sedis2 L .. tapi taka pa..boleh pegi lain kali pulak :) Jom tengok gambar!


Bermalam di Equatorial Hotel
Pemandangan dalam hotel
Taman Kaktus
Taman Rama-rama
Minum tea secawan!
Jalan-jalan dalam ladang teh
Kolam Air Panas

·         3/1/2012 ~ gerak pegi Ipoh..on the way nak masuk simpang pulai tu, hubby ajak singgah dekat kolam air panas, tapi dah lupa nama tempat tu..huhu sempat la jugak rendam kaki dalam air panas..hehe kemudian gerak balik Ipoh.. Sampai je dah dekat maghrib.. lepas tu hubby ajak keluar JJ, pegi tengok wayang.. kali ni aku pilih cite “Papa I Love You” ..best jugak cite tu, 1st time tengok Mia Sara berlakon..ee cute sangat dia.. nanti nak baby comel macam tu jugak la.. ngeh3~

·         4/1/2012 ~ kelas berjalan seperti biasa untuk semester 3 PISMP nih..

Azam tahun ni dalam pelajaran, nak buat lagi baik daripada semester.. aku nak jalani hidup sebagai seorang isteri yang sentiasa setia berada di samping suami walau apa yang berlaku sekalipun..  ku harapkan supaya masa berlalu dengan pantas.. tak sabar nak rasa kehidupan yang mendatang - sebagai seorang guru yang sah & sebagai seorang ibu (oh sangat tak sabar menanti saat itu)..Moga diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang..insyaALLAH J.

Jumpa lagi di lain entri..
Sekian (^___^)

                                          


Tuesday, November 1, 2011

SimpLe tapi Meriah :)

Salam..
2 3 hari kebelakangan ni makin rajin pulak update entri..
Yela..banyak benda ngah pusing-pusing dalam kepala ni..
Lagipun sekarang ni rileks je walaupun exam tinggal 8 hari je lagi..Huwaa~;O
Apa-apa pun blogging itu haruss! hehehe :)

Kali ni rasa terpanggil lak nak cerita serba sedikit 
pasal big day nanti..huhu
Sebab saya rasa mungkin sesetengah daripada kenalan bayangkan 
yang majlis big day saya nanti grand-grand je kan..huhu
tapi sebenarnya majlis ni ringkas sahaja..
Ni pun sempena majlis kesyukuran, bukan kenduri perkahwinan 
yang gilang-gemilang macam orang lain..

Mungkin ada yang cakap, "alaa..majlis kahwin ni sekali seumur hidup je,..mestilah buat besar-besaran.. ada sanding-sanding, renjis-renjis..baru la masyukk"

Tapi memang adat keluarga saya tak buat benda-benda camni sejak turun-temurun..
Dari kakak yang sulung sampailah yang bongsu ni no 8..
tapi tu semua adat je..terpulang kepada individu..
Bagi saya tu semua cukup sekadar nak isytiharkan yang 2 mempelai ni
dah sah jadi suami isteri 
& tiada lagi fitnah.. :)

Majlis simple tapi tetap meriah..
  Apa yang LEBIH penting --> KAF BA RA KAF TA NUN ! :-)

Okey..
Sekian saja..
Take care :)
§       

Monday, October 31, 2011

Pemilihan Baju Pengantin~ Bertandang (♥_♥)

Assalamualaikum wbt..
Kali ni nak post pasal baju masa bertandang pulak..
Macam biasalah kitorang sewa baju dekat area rumah ni jugak..
Adik ipar Mr. Tunang saya memang selalu sewa dekat situ..dah lama kenal so dapat la murah sikit..HEHE
Tadi pun pergi dengan Mr. Tunang & adik ipar jugak :)

Okey..baju bertandang dah pilih dah warna merah.. 
Ala-ala indon gitu coraknya..memang cantik & sweet lah..
lagi2 saiz tu memang padan dengan saiz badanku yang sekeping ni..HOHO >.<
OK tak nak bleber panjang lebar..
Ni dia baju seakan-akan yang bakal disarungkan di hari bahagia nanti..Hehehee :))

Kain dia lain sikit sebab dlm gambar atas mcm jubah~

Wahh! tak sabar nak pakai nih..ngehee =)
OK..jumpa lagi di lain entri..
Take care :)



Wednesday, October 26, 2011

Beg Ooh Beg (=-=)'

Salam..Lama tak update blog nih sebab tak ada modal nak tulis..kui3 :p
Kali ni nak cerita pasal barang-barang hantaran..

Alkisahnya, maka bermulalah sesi membeli belah barang-barang ni  haa..
Hari tu turun kL, beli barang-barang la kan..
Konon-konon macam la banyak sangat dalam list sampai turun kL tu beli barang..HAHA
Ada barang yang dah beli, ada yang belum beli, tapi yang pasti
barang Mr. Fiancee la paling banyak dah beli..

Yang paling syok part beli beg..
Pusing tiap-tiap level dalam SOGO tu pun tak ada beg yang menepati cita rasaku..
Aku pun tak tahu nak yang macam mana..HAHAHA
Lepas tu pergi pulak Mid Valley..
Habis level & butik dah kena terjah..tapi tak ada warna ikut tema
yang boleh pikat hatiku..HUHU :p

Last-last, dah hampir fed up dah..tapi alhamdulillah..
Masuk je butik Charles & Keith, jadi rambang mata..masalah pulak..adess =.=
Pusing-pusing dalam tu,  akhirnya..jumpa la jugak 1 yang berkenan..HAAHA
Serius memang aku suka sangat beg tu..
Tapi beg tu macam tak sesuai je untuk letak dalam dulang hantaran,
tapi aku nak jugak sebab memang suka suka sangat beg tu!
OK..belilah! Yeayy!

Tu dia beg yg girl tu pegang..HEHE :))