click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Monday, December 3, 2012

1st Wedding Anniversary VacatiOn # Korea 6D5N # Day 1 : Departure & Arrival ~

Assalamualaikum w.b.t..

Laju pulak buat entri pasal Korea nih, semalam baru update http://dae-eira.blogspot.com/2012/12/1st-anniversary-vacation-korea-6d5n_3.html .. yela, benda masih hangat lagi, tu semangat pelik nak update blog ni..hehe

Isnin 26/11/2012 Kami bertolak ke LCCT KL belum masuk subuh lagi, dalam jam 5 pagi camtu sebab kena naik flight jam 8.50 pagi.. sebab tak nak tergopoh-gopoh, so turun awal hari tu.

Jam 9.00 pagi tepat kami fly (1st time aku naik flight..huhu). 6 jam kat dalam flight, tak tahu nak buat apa. So, aktiviti utamanya adalah T.I.D.O & M.A.K.A.N .. hehe ~
 
Air Asia X # EveryOne Can Fly #


Flight time pegi, kami just order siket2 je sekadar nak alas perut lepas bangun tido.. huhu~
Coklat Cadbury panas + biskut + nasi goreng Malaysia = RM5 + RM5 + RM15 = RM25
Rupa nasi goreng Malaysia dari dalam..boleh tahan sedap sebab lapar..haha


# 6 jam kemudian ~~

Alhamdulillah selamat mendarat akhirnya di Incheon International Airport pada jam 3 petang waktu Korea (awal sejam dr Malaysia), super duper besar & canggih-manggih ! Untuk pegi ke bangunan utama airport kena naik train, free je. Train ni ada setiap 5 minit.

Incheon International Airport, South Korea
  
Dah settle immigration, claim baggage, & semua-semua, maka pengembaraan kami pun bermula. 1st kami siapkan diri tukar winter coat memandangkan suhu di luar lebih kurang 1°C ! Wow!~

Lepas tu, kami beli T-Money card dekat 7E airport dengan harga 5,000 won untuk aku 1, suami 1. 1st topup dalam 1 kad tu 30,000 won. T-Money ni lebih kurang macam kad touch n-go kat Malaysia. Istimewanya T-Money ni, kita boleh guna untuk transport subway, bas & teksi. Boleh juga guna untuk beli barang-barang kat 7E. Nak topup kad ni boleh pegi dekat 7E atau mana-mana e-mart kat sana.  


Mine & his T-Money ! ^^)v
 
Lepas tu, kami tunggu dekat hentian bas Limousin Airport betul-betul depan pintu masuk. Sebenarnya nak naik subway KTX, tapi memandangkan kami tak cukup tangan nak bawa luggage, kami naik bas je guna T-Money 10,000 won / person. Penat kalau naik train dengan luggage, kena turun naik tangga time nak transfer subway. So, better naik bas kalau yang bawak luggage & backpackers tu sesuai la naik subway. Senang & menjimatkan..Hoho
 
Signboard tempat menunggu bas + no. bas
  
Kami naik bas no. 6015 ke Myeong-dong (Sejong Hotel) iaitu last station. Mulanya confuse gak bas no. berapa nak kena naik sebab banyak signboard menunggu bas kat depan tu. Dengan badan dah terketar-ketar + mulut berasap kesejukan akhirnya ada gak bas no. 6015. Kat Myeong-dong kami menginap dekat Namsan Guest House 3 untuk 3 malam pertama, yang dah di reserve awal-awal, so tak perlu penat-penat nak cari hotel. 1st nak book Namsan Guest House 2 tapi bilik full booked. So, terpaksa ambil Namsan Guest House 3. Better ambil guest house lebih murah dpd hotel & sesuai untuk 1st traveller macam kami. Lagipun, Myeong-dong tu area tengah-tengah bandar, dekat dengan tempat nak pegi jalan-jalan macam N Seoul Tower, Gyeongbokgung Palace & dekat dgn Myeong-dong Street yg famous dgn tempat shopping !

How to go to Namsan Guest House 3 (by bus/subway) :

Rujuk map ni kalau tak nak sesat macam kami..huhu

Hotel & Twin Room 
Room rate leh tengok kat bawah @ rujuk :

Room type
Room rate
Addition fee per
1 person
Discount rate
Remarks


stay 2 weeks
stay 4 weeks

(Namsan 3) Twin  
10,000 Won
10%
15%
Max. 3 persons
60,000 Won for 2 persons


Dah siap-siap terus turun ke dapur masak makan malam ! Lapar !!

Dekat dapur hotel.. sambil tunggu nasi masak posing dulu..
Akhirnya..hidangan malam pertama kami siap ! HAHA

Ok dah makan-makan then rehat untuk jalan jauh esok..
Jumpa di next entri okeh ! 
(^_^)


  

1st Wedding Anniversary VacatiOn # Korea 6D5N # PreparatiOn ~

Assalamualaikum w.b.t..
Macam biasa, memang dah lama tak update blog ni..last sejak Februari lagi..apakan daya tak mampu buat apa-apa kalau dah M.A.L.A.S tu..hihi

Ok..kali ni semangat lebih sket nak update blog.. bukan apa, cuma tak nak benda dah lapuk baru nak cerita itu ini.. tak syok la kan? hehhe   

Untuk pengetahuan kalian, aku dan suami baru je selesai merealisasikan satu misi, misi sempena 1st wedding anniversary kami pada tanggal 1 Disember 2012. Rasa macam sekejap je masa berlalu..tup tup dah setahun.. ni tak sabar nak abes belajar ni..hehe

Sebenarnya, dah lama plan vacation ni.. sejak awal tahun lagi. So, kami booking flight Air Asia bulan 4 lagi, tanggal 09 April 2012. Encik suami pulak dengan selambanya serahkan semuanya kat Puan isterinya ni untuk survey & study semua pasal Korea.. so tak semena-mena aku dilantik jadi Manager. Kami tak hire tourist guide pon kat sana, main terjah je.. travel sendiri lagi best & mencabar.. HAHA ~

# 7 bulan kemudian ~~~~~~

Tup tup dah bulan 11 dah.. masa memang cepat sangat berlalu..huhu
Lepas buat semua persiapan macam itinerary, note-note, winter apparel, duit sebanyaknya & software dalam handphone, kami pun siap-siap packing barang.. nah tengok banyak sesangat barang yang nak bawak.. makanan pun dah 1 luggage, sebab rasa macam tak berapa yakin nak cuba makan makanan kat sana..huhu~


Seperti yang anda lihat :p

Boleh didapati di Korea Plaza, KL

Paling penting ~ mOney mOney ~


Dah beres semua tu, kami bertolak ke KL hari Sabtu 24/11/2012 jam 8 pagi. Sebenarnya pergi KL awal sebab nak pegi ambik pamplet travel guide dekat Korea Plaza, Menara Hap Seng KL. Kat sana macam-macam boleh dapat, macam Discount Coupon 30% untuk Lotte World dll.

Korea Plaza, Menara Hap Seng



Haa..hampir terlupa plak. Kalau nak tukar duit Malaysia ke Korea Won, better tukar dekat Pengurup Wang di Summit USJ. Kat sana paling murah utk money exchange. Kalau dekat LCCT better lupakan saja, mahal gile2..hoho


OK.. entri seterusnya pasal Day 1 ke Korea.
See you !
(^_^)

 

Friday, February 10, 2012

MaSam MaNis RuMahTanGGa (4)


Suami baring di riba isteri..Bagi suami, belaian isteri buat dirinya lega dan lapang dari kepenatan seharian.



Si isteri belai rambut suaminya sambil selawat tunduk mengucup ubun2. Tersenyum mereka saling memandang..Si suami kenyit mata! (>.<)

Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
                                                                                                               
                                                                                                                                                                             (Hadith Shahih)

Friday, February 3, 2012

MaSam MaNis RuMahTanGGa (3)


Selepas isyak bersama, si suami ajak isteri makan malam di luar dan singgah jln2 di shopping mall..

Suami : Cantik baju-baju ni, ayang nak ke?
Isteri   : ..Emm, baju jalan yg ada pun elok lagi.. Ayang xkisah pakaian yg org tgk, jnji menutup. Ayang kisah yg abg tgk je (paut tgn suami). Abanggg...Nak yang itu.. (Smbil buat muka mnje dan tunjuk ke tempat lingerie) (>.<) 

* Utamakan pandangan suami drpd dipandang selainnya. Isteri hak suami, kecantikannya hanya diperlihatkan kepada yang hak. Goda suami anda :)

MaSam MaNis RuMahTanGGa (2)


Isteri baring di paha suami yang sedang menonton tv selepas mengemas dapur...



Suami : sayang penat yea..

Isteri   : emm..(matanya kuyu)
Suami : ..(tunduk dan kucup bibir senyap2) dah 'recharge energy'!hihi.. (^.^)

* 'Recharge energy' kpd suami/isteri akan menghilangkan penat! hihi.. ^^


MaSam MaNis RuMahTanGGa (1)


Hari ni birthday isteri...



Suami : ...(bisik dlm hati : "Hujung bulan ni..Tak apalah tak lunch, boleh duitnya belikan
            'hadiah' utk isteri aku,col dlu order la..Emm..Lambatnya kul 5 nak balik...")

Tepat jam 5, cepat2 suaminya bergegas balik, sebelum tu singgah di kedai mengambil 'hadiah' yg telah diorder td..Sesampai dirumah..Senyap2 merapati isterinya yg sibuk di dapur, terus dipeluknya dan ditunjukkn 'hadiah' td..

'Hadiah'nya ialah sekotak cupcake kegemaran isterinya! Sgttt comel bentuknya dgn tulisan "SELAMAT HARI LAHIR ISTERI TERCINTA, ABANG TAK PERNAH BERHENTI MENYAYANGI SAYANG" (^.^)

* Jgn jadikan alasan tiada duit utk tak menghargai insan yg tersayang :)


Tuesday, January 31, 2012

Rahsia Kehangatan Rumahtangga ♥

Cium tangan suami, kucup dahi isteri.



Untuk mekarkan hubungan suami isteri dan cinta yang berkekalan;-)



Isteri tidur di atas lengan suami.


Sebab pelukan suami dapat terbitkan rasa kasih sayang suami isteri dan isteri lebih hormat pada suami. Kita jadikan ini sebagai amalan, paling kurang 30 minit pada awal  tidur.. tapi kalau boleh sampai pagi lagi bagus;-)



Isteri cium tangan suami, suami kucup dahi isteri.




Sebab bila kita salam tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil. Kan restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun kita juga akan dapat pahala;-) Suami pun dapat pahala jugak kalau dia kucup dahi isteri. Tambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh dipraktik bila nak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan bila nk tidur pun boleh;-)



Suami selalu peluk isteri. (Sengaja / spontan)




Isteri bahagia kalau dipeluk suami. Rasa sangat dihargai. Hilang penat dan lelah balik kerja. Masa isteri rehat , masa masak pun boleh. Rasa sayang juga akan terbit dengan ikhlas. Bila ada keihklasan, maka kebahagiaan rumah tangga akan lebih mekar mewangi.



Doa bila peluk suami / isteri. bagus dibaca untuk eratkan kasih sayang.





“Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.”




Mandi bersama.

Mandi kan sucikan diri kita.. bagus sebagai  amalan suami isteri. praktikalnya, ia rahsia rumahtangga;-)



Selamat beramal 
(^________^)