Assalamualaikum w.b.t..
Hari ni dah masuk 2 minggu lebih dah sejak balik
dari Korea, tapi memori kat sana still segar dalam ingatan & bercita-cita
mau pegi lagi ke sana.. InsyaALLAH :)
Hari ke-5 tu ibarat hari last aku dan encik suami
kat Korea. Sedih.. wuwuwuww :( Time ni lah jugak nak shopping & semua-semua.
Pagi tu malas je rasa nak bangun memandangkan semalam tido tak ingat apa dek pasal
tido atas lantai panas kat hanok kami tu..hihi. Best jugak stay kat hanok
ni..hehe~
Ok, hari tu kami keluar jalan-jalan lewat sket
dalam pukul 9 lebih-lebih camtu la sebab nak pegi shopping awal-awal takut
kedai tak bukak lagi. Plan hari tu nak shopping kat Dongdaemun, Myeongdong (try
hanbok), Namdaemun Market & pegi ke Hello Kitty Café.
1stly breakfast dulu kumpul tenaga nak
jalan-jalan. Menu pagi tu sardine + nasi. Encik suami je makan nasi tu, aku
makan biskut 2 keping je..hoho~
Oppa Master Chef ! kuang~ kuang~ kuang~ |
Noona Master Chef pon nak masuk gambar ugak..ngeee~ :D |
Santap time! |
Dah setel semua-semua, bermula misi untuk shopping ole-ole nak bawak balik Malaysia. Kami terus pegi ke
Dongdaemun Market sebab kat sana banyak kedai yang jual baju & Korean Silk.
Sasarannya, kedai jual T-shirt & 100% Korean Silk.
Gambar palace betul-betul depan exit subway Dongdaemun Station~ |
Jalan punya jalan tak jumpa gak kedai jual Korean silk yang aku baca dalam 1 blog travel to korea tu. Lepas pusing-pusing 1 pasar Dongdaemun tu, jumpa la kedai jual t-shirt I ♥ Korea yang agak murah. Dapat 10,000 won utk 3 helai. So, kami beli separuh je dulu t-shirt kot2 dapat lagi murah dekat Namdaemun Market. Istimewanya Dongdaemun Market ni, kedai-kedainya dah diasingkan macam kalau bangunan area tu jual kasut, semua jual kasut. So, memang rambang mata ah nak pilih..hoho~
Ok, t-shirt done! Next nak cari Korean silk plak. Tengok balik map, rupanya kedai tu dekat stesen subway lain, bukan dekat Dongdaemun Station. Kedai yang jual Korean silk khas untuk buat baju kurung tu namanya Hyun Woo Silk. So, kami pun gerak ke Jongno-5-ga subway station di mana letaknya kedai Hyun Woo Silk tu. On the way dekat subway station bawah tanah, banyak gilax kedai-kedai yang jual pakaian tradisional Korea, namanya hanbok.
Hanbok untuk kanak-kanak~ |
Area kedai jual kasut |
Eh banyaknya burung merpati..macam dah dekat London dah rasa..hihi~ |
Tu silk untuk mak mertua i & i punya hubby tak ambik gambar pon..huhu~ |
Proses pembayaran..kira jangan tak kira~ |
Lepas tu kami pegi ke Myeongdong street betol-betol dekat dengan tempat kami stay Namsan Guest House. Rasa macam rugi masa pulak sebab nak kena pegi area tu balik padahal dah 3 hari dah lalu tempat sama..huhu. Tapi tak apa la, lain kali jangan buat lagi. Rugi masa je.
Dekat Myeongdong ni memang famous sangat-sangat la sebab banyak shopping complex kat sini macam Forever 21, Zara, SPAO dll. Kat sini jugak banyak kedai-kedai yang jual barangan kosmetik seperti Nature Republic. Kalau rasa nak shopping barang kosmetik, datang la sini. Harga tak pasti sebab aku tak beli pon, tapi orang cakap murah-murah kosmetik kat sini.
Nak posing gak pakcik nih..hehe :p |
Sebenarnya kami datang sini bukan nak shopping pon, tapi nak try hanbok free dekat Seoul Global Culture & Tourism Center. Nak pegi tempat ni aku refer daripada blog Fatin Liyana. Katanya Seoul Global Culture & Tourism Center tu kat dalam bangunan Forever 21. Aku & encik suami punyalah penat cari tapi tak jumpa-jumpa.
Lastly, bila rujuk map tengok address tempat tu bukan kat dalam bangunan Forever 21 tapi dalam bangunan M-Plaza Tingkat 5, bersebelahan dengan Forever 21..
Hadoii.. penat mak nakk!!!
Alhamdulillah..jumpa gak akhirnya. Waktu ni dalam jam 3 p.m & kena buat appointment dulu sebelum try hanbok. |
Kaunter appointment kat Unnie tu~ |
Waiting~ |
Tengah tunggu mereka-mereka ni camwhore~ |
Sambil-sambil tunggu, posing dulu ngan oppa!~ |
Banyak tourism pamplet kat sini..ambik je banyak mana pun~ |
Ok now turn kami plak. Unnie tu tolong pakaikan hanbok~ |
![]() |
Haha muka gedix encik suami :p |
Pics kami berdua ni unnie tadi tolong snapkan :D |
Lepas tu kami diberi masa 30 minit untuk camwhore puas-puas! HEHE
![]() |
Us in L.O.V. E :) |
Haha..amacam? Camwhore habes-habesan kan kan kan? HAHAHA~
Penat weh jadi model tak berbayar nih. Jam dah dekat pukul 4 p.m. dah. 2 tempat lagi belum pegi..adui, singkatnya waktu siang kat sini. Pejam celik pejam celik dah nak malam..huhu~
Tanpa membuang masa yang dah banyak terbuang ni, kami plan pegi ke Namdaemun Market. So, dengan confidentnya tanpa check balik subway map, kami naik subway dari Myeongdong Station ke Anguk Station. Sampai je Anguk Station, cari punya cari Namdaemun Market dalam map tak jumpa-jumpa. Lepas tu kami terjumpa satu information skrin yang boleh touch-touch macam hp samsung aku tuh & search Namdaemun Market. Tengok je alamat, rupa-rupanya Namdaemun Market tu dekat je dengan Myeongdong. Kalau jalan kaki dalam 10 minit je kot.
Arghhh..penat-penat je rushing ke Anguk Station nan jauh tu..huwaaa~
Nak tak nal kena patah balik jugak ke Hoeyeon Station untuk pegi ke Namdaemun Market.
Hmmm..moral of the story; jangan over confident sangat bab-bab subway map nih even dah banyak kali naik. Kalau tersilap station, tak pasal-pasal kena tawaf dalam subway tu..huh!
Apa-apa jelah..yang penting perjalanan mesti diteruskan!
Sampai je dekat Hoeyeon Station, tiba-tiba terfikir. Better pegi Hello Kitty Cafe dulu sebab tempat tu jauh sket dari bandar Seoul. Lagipun hari dah malam, takut plak nak jalan area Hongik University tu. Encik suami ikut je..huhu~
Dari Hoeyeon Station nak pegi ke Hongik University Station plak berlaku lagi keajaiban yang menyebabkan kami tawaf menawaf dalam subway station tu. Arrgggghh!
Yang peliknya, kami tak tahu kat mana silapnya *aku pon tak tahu nak cerita macam mana..skip jelah*
Moralnya, sila fokus betol-betol dengan subway map anda & pastikan anda transfer ke station yang paling sedikit kalau tak nak sakit hati! HAHAA~
Jap!
Anda-anda faham tak apa aku cerita kat atas ni ekk?? Kalau tak faham ignore jelah yg ni ye..hoho~
Perut pun dah berkeroncong, so perjalanan diteruskan & sampailah kami ke Hongik University a.k.a Hongdae. Sebab tak nak pisang berbuah 2 kali macam hari ke-2 hari tu, kami refer betol-betol map ke Hello Kitty Cafe. Walaupun aku buka peminat fanatik Hello Kitty, tapi jugak sampai sana cos I ♥ Pink! HAHA~
And finally.....
Yehhaaa! Here I am ! |
Entrance~ |
Lepas order sume-sume, kami naik atas dulu nak tengok tempat duduk paling cute. last-last, turun kat bawah jugak, seat betol-betol depan kaunter. Nanti tak payah la nak pegi jauh-jauh ambik order nanti..hihi~
I ambik U~ |
![]() |
U ambik I~ |
![]() |
Menu~ |
![]() |
Kaunter & pekerja~ |
Bila buzzer ni berbunyi, means order dah siap! |
Wow..cute mute! |
Menu : Caramel Latte + Mocha Latte + Caramel Waffle + Choco Banana Waffle = 17,000 won : RM50 |
Aummm! Lapar!! |
Kenyang sudaa~ |
Kenyang jugak~ |
Lepas makan, sambung posing kat area cafe tu..layan~
Jom naik atas! |
Lepas perut kenyang, kami pun gerak ke Namdaemun
Market. Time tu hujan lebat sangat-sangat & kami tak bawak payung. So, lari
kelam kabut lah kami..seronok plak rasa..HAHA~
Dari Hongik University Station kami naik subway ke
Hoeyeon Station untuk sambung shopping di Namdaemun Market. Waktu tu dah jam 7
malam lebih-lebih. 7 malam tu dah macam 10 malam dah kat sana..huhu~
Sampai je sana, kami masuk pasar ikut Gate 5, sepatutnya
kena masuk Gate 6 baru senang jumpa kedai brooch. Time sampai tu hujan baru je
reda, tapi kebanyakan gerai dah tutup. Ada juga penjual yang buka balik gerai
tu lepas hujan. Sepatutnya kami datang awal lagi sebab gerai-gerai kat sana
tutup awal, jam 5 petang lagi..huhu..rugi-rugi. So lain kali kena datang siang
hari kalau nak puas hati shopping kat sini.
1stly kami beli savounier kat kedai
ahjussi. Lepas tawar menawar dapat la murah sket, tapi tu pun still mahal.
Sebab beli banyak ahjussi tu bagi free keychain kecik je. Ok la tu kan daripada
tak dapat langsung.
Then, kami nak cari brooch kat kedai yang aku
survey dalam blog. Cari punya cari, ada sorang penjual tu cakap kedai brooch
dah tutup. Alaa..melepas la nak beli kerongsang cantik-cantik..huwaa.. Gambar
pun tak sempat snap sebab rushing..huhu~
Lepas sambung jalan-jalan, jumpa la gerai makcik
ahjumma tu. Dia jual kerongsang gak tapi bukan macam kerongsang yang besar-besar
tu. Harganya mahal la jugak dalam RM30 lebih duit Malay, tapi boleh tahan
cantik gak. Orang cakap brooch Korea memang berkualiti & cantik-cantik. So,
kami pun tawar menawar ngan makcik tu & rembat dalam 10 – 15 biji brooch
untuk kakak-kakak & mak-mak sedara aku..hehe. Makcik tu pun bagi free 1 kat
aku, dia suruh pilih mana nak. Aku ambik rantai leher yang ada loket mutiara.
Boleh tahan cantik gak..hehehe~
Brooch & savounier done. Beg yang kakak aku
kirim & balance t-shirt belum cukup lagi. Kami pun pusing-pusing banyak
kali gak lorong yang sama. Time tu dah tak banyak kedai yang bukak. So, kami
main rembat je mana yang ada. Tapi t-shirt kat sini mahal sket berbanding kat
Dongdaemun Market.
Dalam jam 9 lebih-lebih, kami pun gerak balik ke
hotel. Puas hati la jugak sebab semua barang yang nak beli dalam list semua dah
ada.
Malamnya tido 1.00 pagi sebab kena packing semua
barang. Esok pagi jam 5 pagi dah janji dengan Mr. Lee driver teksi yang bawak
kami ke Hostel Korea hari tu. Encik suami mintak dia hantarkan kami ke Incheon
Airport. Penat la..jom tido~
Bersambung lagi last day in Korea…
(^_^)