click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, January 22, 2011

Bila Rindu






Rindu adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.

Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangka waktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah.. Huhuhuhu.. Adakah anda seperti itu??

Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.

Saya yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila anda bersendirian.. Bagi mengelakkan perasaan rindu saya mendapat beberapa tips ini :-

  • Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit..
  • Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.
  • Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..
  • Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.
  • Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-Quran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektif dan sentiasalah merindui-Nya… InsyaALLAH..
  • Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya.
Itulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan dengan anda. Harap dapat beri manfaat kepada anda semua termasuk la diri saya sendiri. InsyaALLAH...

Doa Jodoh






Ya Allah,


Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah,
Aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, 
Jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin....