click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, January 31, 2012

Rahsia Kehangatan Rumahtangga ♥

Cium tangan suami, kucup dahi isteri.



Untuk mekarkan hubungan suami isteri dan cinta yang berkekalan;-)



Isteri tidur di atas lengan suami.


Sebab pelukan suami dapat terbitkan rasa kasih sayang suami isteri dan isteri lebih hormat pada suami. Kita jadikan ini sebagai amalan, paling kurang 30 minit pada awal  tidur.. tapi kalau boleh sampai pagi lagi bagus;-)



Isteri cium tangan suami, suami kucup dahi isteri.




Sebab bila kita salam tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil. Kan restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun kita juga akan dapat pahala;-) Suami pun dapat pahala jugak kalau dia kucup dahi isteri. Tambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh dipraktik bila nak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan bila nk tidur pun boleh;-)



Suami selalu peluk isteri. (Sengaja / spontan)




Isteri bahagia kalau dipeluk suami. Rasa sangat dihargai. Hilang penat dan lelah balik kerja. Masa isteri rehat , masa masak pun boleh. Rasa sayang juga akan terbit dengan ikhlas. Bila ada keihklasan, maka kebahagiaan rumah tangga akan lebih mekar mewangi.



Doa bila peluk suami / isteri. bagus dibaca untuk eratkan kasih sayang.





“Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.”




Mandi bersama.

Mandi kan sucikan diri kita.. bagus sebagai  amalan suami isteri. praktikalnya, ia rahsia rumahtangga;-)



Selamat beramal 
(^________^)


Kronologi Hidup Bergelar Suri ♥


Assalamualaikum w.b.t

Fuhh! Lamanya tak update blog ni..!
Sibuk manjang je sejak uruskan Big Day..
Sedar tak sedar dah masuk 1 bulan 12 hari dah hidup sebagai suri..
Cepat betul masa berlalu kn?..huhu~
(mood pengantin baru tak habis lagi la..huhuhu)

Tak nak tulis panjang2, cuma nak imbas balik apa yang dah berlaku dalam masa lebih kurang 1 bulan ni..huhu~

·         1/12/2011 (Khamis) ~ akad nikah sebelah malam



·         3/12/2011 (Sabtu) ~ majlis resepsi kat rumah saya





·         4/12/2011 (Ahad) ~ majlis sambut menantu 



·         5/12/2011 (Isnin) ~ majlis resepsi sebelah perempuan kat Setiu (bapa sedara)

·         11/12/2011 (Ahad) ~ majlis sambut menantu rumah bapa sedara kat Kuantan  Pagi tu sempat lagi pergi mandi kat Gambang Water Park ngan mak sedara hubby & anak-anak..tapi sayangnya tak sempat ambik gambar pon pasal syok sangat mandi manda ngan hubby..hehhee ^_^)

·         Tiada tarikh ~ berlaku peristiwa hitam :  laptop, handset & broadband aku kena curi kat pencuri tak bertauliah! pencuri tu sempat naik rumah aku waktu subuh & sapu semua benda yg aku sayang! grrrr~ Tapi aku senyapkan je benda ni & tunggu laptop tu datang balik! huk3

·         16-19/12/2011 ~ kakak sulung & kakak no 6 ajak pergi Melaka, Selangor & Jerantut jalan2 rumah kakak .. ada la sikit gambar yg sempat ambik..heheh J








·         21@22/12/2011 ~ kakak sulung call masa aku ada kat rumah mertua, dia cakap ada orang hantar balik laptop aku..alhamdulillah tiada data yang hilang kecuali koleksi gambar sejak masuk matrik.. semua gambar dulu2 dah tak ada.. sedih.. cubaan L
·        
31/12/2011 ~ turun KL sebab nak hantar bibik ke LCCT.. dia nak balik Kemboja setelah 2 tahun berkhidmat kat rumah mertua..huhu.. sampai je tumpang bermalam kat rumah kawan hubby kat Pantai Dalam. Paling best malam tu dapat sambut Tahun Baru 2012 bersama hubby.. keluar tengok orang main mercun dekat kawasan perumahan tu jugak.. Suka sangat dapat sambut tahun baru buat pertama kali sejak bergelar isteri, bersama dengan suami yang dikasihi J

·          2/1/2012 (Tahun Baru) ~ turun Cameron Highland.. kononnya pegi honeymoon la.. haha (^_^) .. Ok la sebab boleh ada privacy dengan hubby tanpa gangguan sesiapa..hehe.. bermalam dekat Hotel Equatorial semalaman.. best sangat dapat pegi taman orkid, taman rama-rama, tapi sedikit kecewa sebab banyak kedai kat situ tutup..mungkin masih bercuti tahun baru kot.. lepas tu kecewa tak dapat pergi taman strawberi sebab semua kedai tutup, ada yang cakap musim tu strawberi dah habis dikutip, tak ada buah dah..huhu sedis2 L .. tapi taka pa..boleh pegi lain kali pulak :) Jom tengok gambar!


Bermalam di Equatorial Hotel
Pemandangan dalam hotel
Taman Kaktus
Taman Rama-rama
Minum tea secawan!
Jalan-jalan dalam ladang teh
Kolam Air Panas

·         3/1/2012 ~ gerak pegi Ipoh..on the way nak masuk simpang pulai tu, hubby ajak singgah dekat kolam air panas, tapi dah lupa nama tempat tu..huhu sempat la jugak rendam kaki dalam air panas..hehe kemudian gerak balik Ipoh.. Sampai je dah dekat maghrib.. lepas tu hubby ajak keluar JJ, pegi tengok wayang.. kali ni aku pilih cite “Papa I Love You” ..best jugak cite tu, 1st time tengok Mia Sara berlakon..ee cute sangat dia.. nanti nak baby comel macam tu jugak la.. ngeh3~

·         4/1/2012 ~ kelas berjalan seperti biasa untuk semester 3 PISMP nih..

Azam tahun ni dalam pelajaran, nak buat lagi baik daripada semester.. aku nak jalani hidup sebagai seorang isteri yang sentiasa setia berada di samping suami walau apa yang berlaku sekalipun..  ku harapkan supaya masa berlalu dengan pantas.. tak sabar nak rasa kehidupan yang mendatang - sebagai seorang guru yang sah & sebagai seorang ibu (oh sangat tak sabar menanti saat itu)..Moga diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang..insyaALLAH J.

Jumpa lagi di lain entri..
Sekian (^___^)