click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Tuesday, December 4, 2012

1st Wedding Anniversary VacatiOn # Korea 6D5N # Day 2 : BukchOn HanOk Village, ChangdeOkgung PaLace, Gwanghawmun Square & Cheonggye Plaza ~

Assalamualaikum w.b.t..

Seperti yang dijanjikan, kita sambung dengan entri Day 2 in Korea.             
Pagi tu bangun seawal jam 4 pagi sebab semangat berkobar-kobar nak pegi rOund sekitar Seoul. 1st time kan, excited tu lebih sket la..hehe (^_^)

Baru je melangkah keluar dari hotel, angin sejuk mai dahh.. pergghh! Mengasyikkan!  Siap main tiup-tiup lagi, ecxited sangat aih bila mulut berasap..haha~

Sebelum gerak, gambar la dulu depan hotel..hehe

On the way, cuci-cuci mata sket dekat area sekitar hotel kot2 tak jumpa jalan balik nanti..haha~


Bangunan sekitar hotel

Jalan depan sket jumpa 7E..nampak 7E je terus teringat nak kena topup T-Money lagi kot2 tak cukup, sebab semalam dah tolak tambang bas 10,000 won. Sebagai langkah berjaga-jaga baik topup terus..huhu
Kali ni topup 20,000 won sorang. Sambil-sambil tu sempat lagi snap pics kat dalam 7E..haha semua benda nak snap~

Macam-macam ada wOo..

Dah settle semua, bermulalah perjalanan kami menuju ke Bukchon Hanok Viilage. Masa ni, itinerary & peta subway amat la penting. Paling penting kena pandai tengok peta subway. Kat mana nak transfer & kat mana nak turun. Subway ni macam LRT jugak, cuma laluannya lagi banyak woo.. huhu~

Tudia.. selerak habis ! Kalau tengok dari pandangan atas langit camni la rupanya..huhu

How to go to Bukchon Hanok Village from Myeong-dong : 

- Anguk Station (Line 3), Exit 2
- Jalan straight 300m ke Bukchon Hanok Village


Sebenarnya, berlaku sedikit kekeliruan yg menyebabkan kami sesat..haha Sebabnya kami keluar dari subway ikut Exit 1, sepatutnya Exit 2. Banyak gak cabang tak tahu mana satu nak tuju..hoho
Lepas 20 minit jalan sesat, lastly jumpa gak cabang sepatutnya..huhu

Muka excited baru jumpa jalannya je..tempat yg dituju belum tentu jumpa lagi..hohoo

Sah ! Memang dah sesat tak jumpa tempat..hahha apa-apa pun view yang cantik jangan dipersiakan.. pose ya! (^_^)

Nice view in front of Educational Museum (tak masuk dalam pun)~

Ok sambung jalan! 
Jalan punya jalan..adala nampak macam pelancong duk snap gambar dekat 1 lorong kecik tu.. So apa lagi, kami ikut je mereka-mereka. Lastly, jumpa la top view of Bukchon Hanok Village ! Fuhh~

Nampak bumbung rumah je~

Lepas tu, jalan turun bawah terus jumpa tempat sebenar-benarnya. Buckhon Hanok Village ni perkampungan tradisional Korea. Rumah tradisional tu dipanggil Hanok, jangan tertukar dengan Hanbok (baju tradisional kOrea).

Usah tertipu dengan sinaran matahari itu..grrr~
 Dekat tepi tu ada hanok yang dibuka kepada pelancong untuk melihat-lihat suasana dalam hanok. So, kami masuk tempat tu nama Simsimheon dengan bayaran 3,000 won sorang.

Jom masuk !

In front of main door~ *macam student pun ada asik duk pegang map + itinerary tuh..huhu*
Ruang makan kat dapur~
Dapurnya..cantik banget!

Toilet~
Bedroom~
Bilik air macam bilik hotel 5 bintang..hoho~
Meja makan utama~

Tingkap betul-betul mengadap arah matahari terbit~

Halaman~
Exterior~



Lastly, dihidangkan dengan tea, tak tahu tea apa tapi sedap! Manis masam gitu..nyumm~
Terlebih menghayati tu namanyaa~~
Ehehe..senyum sambil tido je lepas minum tea :)

Sempat snap pic dengan Miss apa ntah namanya, tourist guide kat hanok tu :-)
Bergambar dengan unnie, yOu! ..haha

Dah puas feeling-feeling hanok, kami terus ke Changdeokgung Palace. Sebenarnya plan nak pegi Gyeongbokgung Palace tapi ntah macam mana leh terlepas pandang yang Gyeongbokgung Palace is closed on Tuesday! Nak tak nak kena tukar dengan Changdeokgung Palace. Dua-dua palace tu dekat je, 1 tu sebelah barat, 1 tu sebelah timur. Jalan kaki je nak pegi palace tu, yang penting map perlu sentiasa ada kat tangan..huhu. Lastly, sampai di Changdeokgung Palace!

Ramai pelawat tapi sayangnya tak ada changing guard..huh!
Feeling-feeling autumn in my heart sket.. ngeh3 :p
  

Destinasi seterusnya dalam itinerary ialah Cheonggyecheon Stream, tapi on the way tu jumpa plak benda ni, King Sejong Statue at the center of Gwanghawmun Square. Tempat famous jugak dalam kalangan pelancong.

We are here!

 Lepas tu pusing-pusing nak cari kat mana Cheonggyecheon Stream sampai la melalut ke area City Hall, iaitu tengah-tengah bandar Seoul. Malangnya time tu ada demonstrasi aman pasal apa ntah..ramai orang-orang dia berarak mengelilingi tengah-tengah bandar Seoul. Aku & encik suami dah rasa lain macam dah, tapi still boleh buat muka selamba, macam pelancong yang tengah sesat. Dalam hati, ya ALLAH jauhkanlah benda-benda tak elok daripada kami. Time tu jugak rasa nak balik Malaysia...huwaa!! 

Lepas tu cepat-cepat jalan jauh sket daripada kawasan tu..berdebar gile you~ Fuhh! 
Jalan-jalan sket akhirnya jumpa gak Cheonggye Plaza, yang merupakan permulaan bagi Cheonggyecheon Stream! 
 Sungai ni asalnya macam Sungai Klang dekat KL nuh, tapi lepas dah dirawat jadilah sebersih-bersih dan sejernih-jernihnya. Siap boleh mandi lagi you.. ! Tapi jangan buat benda tu time musim sejuk camni, kang orang pandang tak celik-celik..hahah~

Peace yOo!
Rasa macam nak pegi menyelam !

Jam menunjukkan angka 4.30 petang kot time ni, maknanya jam 5 petang dah malam dah kat sana. Kalau ikutkan plan dalam itinerary, destinasi last utk Day 1 ni adalah N Seoul Tower, tapi disebabkan kesuntukan masa, kami slow-slow berangkat pulang ke guest hOuse & tunda N Seoul Tower keesokan harinya. 

Sampai je kat hotel terus terbungkam menyembah bumi ! hahaha~
Sejuk + lapar + penat + lenguh kaki + sakit kepala + semua adaa! tak penah rasa sepenat tuh sepanjang keluar jalan-jalan dalam hidup..hohoho
Memang 90% pakai kaki oOo kalau mau jalan..kalau tak ada kaki cam mana mau jalan ???

Lepas siap-siap apa semua, time untuk masak makan malam..
Menunya sangat special, iaitu Megi Kari Malaysia! Hik..hik..hik!

Dapur ini aku yang punya..HAHA !
Megi ohh megi..syukur alhamdulillah~

Ok la..rehat cukup-cukup esok jalan lagi..
To be continued…
(^_^)