click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, February 19, 2011

BeRani KaTakan TIDAK!

Adakah anda mampu bersikap tegas dan kadang-kadang mengatakan TIDAK?
Kebanyakan daripada kita merasa terpaksa untuk menyetujui setiap permintaan,
bahkan menyelesaikan 1 juta pekerjaan lebih baik daripada menolak untuk mengatakan TIDAK!
jika kita masih ada waktu untuk diri kita sendiri.
Tapi belajar untuk mengatakan TIDAK!
menunjukkan bahawa
anda hormati diri sendiri mahupun orang di sekitar anda.
Jadi mengapa kita terus mengatakan YA?
Anda mungkin takut orang lain terasa hati dengan tolakan itu, dan
mungkin takut tidak disukai, dikritik, atau mempertaruhkan persahabatan.
Jadi, KATAKAN TIDAK kalau anda rasa itu yang terbaik!


SeLaMat MenCuBa!!
(^_^)

Tentang Saya (^_^)

Cuba baca dan teliti penerangan kat bawah ni..kebanyakannya betul la..huhu..baca dulu ye..nanti akan diterangkan satu persatu..hehe :)

Rahsianya dah terbongkar..hohoho~

Nak tahu dengan lebih details? OK saya akan terangkan ye :)


    1.  Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mooD~ 
   
  • Haa..ni memang betul. Perangai memang cepat berubah, tapi kebanyakannya sekejap je..hehe.. mood pulak kadang-kadang tak tentu..selalunya cooL jela..haha~ 
    2.  Sentiasa berfikir = otak cerdas berangan-angan~
  
  • Fikir apa tu tak tahu la..tapi selalunya menerawang jauh la fikirannya..merenung masa depan ~ nak kawin la, nak anak la, nak tu nak ni..macam2 ada..haha.. pastu mengimbau masa lalu la..macam2 la kalau dah takde kerja nak buat..haha~
    3.  Suka menangguh-nangguh~
 
  • Haa..benda ni la yang selalu bermaharajalela dalam diri..hahha... suka sangat buat kerja last minutes.. pastu mula la tak tenang la, kelam kabut..lagi2 kalau bab ASSIGNMENT!! Memang terserlah sikap suka menangguhnya..haha teruk kan?hoho~
    4.  Sikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik (cerewet kot~)
  • Selalunya terserlah bila nak pilih barang masa shopping la..selagi takde yang berkenan di hati, jangan harap aku beli..haha..pastu cerewet sangat bab nak pilih pasangan ni..ehheem2~ mesti la nak yang sedap mata melihat kan..tapi kalau lagi kacak bergaya lagi bagus..muahahaha :D ..tapi kalau dapat yang sebaliknya tu, hati ini menerima dengan seadanya.. apa yang penting?? Mesti la dia seorang yang boleh terima diriku seadanya...heee :) ~(panjang lebar la pulak..hoho)
    5.  Mudah berkawan~
 
  • Sapa2 yang nak kawan dengan aku, dipersilakan..terbuka kepada semua lapisan masyarakat..baik tua muda miskin kaya besar kecik..boleh aje..jangan malu jangan segan..hehe~
   6.  Kurang mempamerkan perasaan~

  • Memang susah nak tunjuk perasaan.. lagi2 bila marah..aku tak pandai la nak marah orang..cikgu sekolah arab tak ajar dulu (dipetik daripada kata2 Hasmadi Ezlly, no ic 830930-03-5297, Kg.Pachakan ------>> sapa2 nak berkenalan sila hubungi gua selaku agensi pencari jodoh <<-------- ..hahahaha :D :D ~sambung cite -->  bila ada masalah atau sedih lak, tak suka cerita kat kawan2..lain la kalau dah tak tahan simpan dalam hati..agak2 nak meletup hati tu baru cerita...ohoho~

   7.  Suka pada barang berjenama~
 
  • Ni pun betul.. aku lebih suka gadget2 : handphone, camera ( compact, DSLR ), laptop & yang sama waktu dengannya... hehe.. kalau pakaian pulak tak kisah sangat branded ke tak..janji cantik, selesa & bergaya..hihihi :) kalau kereta pulak aku suka Honda.. niat di hati nak Honda Jazz..kalau takleh nak Honda Civic.. kalau xleh gak nak Honda City..yang murah2 je..janji warna metallic .. so boleh merantau ke sekalian alam..hoho~
   8.  Mudah ditawan kerana sikap baik~
  • Emmm..yang ni NO KOMEN! Muahahaha :D~
   9.  Cepat marah & cepat sejuk ~  
  
  • Susah nak marah sebenarnya..huhuhu.. kalau cepat sejuk ni betul.. macam kalau merajuk tu, pujuk je dengan PIZZA..kompem cair..haha..( ko guano En.Hasmadi Ezlly a.k.a woh kebe behi kube ..muahahaha~)
 10.  Suka buat lawak & bergurau~
  • Yeke?? Kalau kawan2 yang rapat ngan aku tu mungkin lebih tahu kot.. ada je modal untuk melabur saham hartanah..hahaha... tapi kalau yang tak kenal aku sapa mungkin akan cakap aku ni sombong..tapi sebenarnya tak pun..macam orang2 tua cakap :: TAK KENAL MAKA TAK CINTA ::
 11.  Mudah kena selsema~
  • Iya2 benar bangat dong..memang selalu kena selsema la..pernah kena 3 kali dalam sebulan! Gile dasyat..hohho.. sebabnya aku alahan dengan HABUK ! Asal ada habuk/debu je kompem bersin sampai 7 perhentian!.huhahuha.. tapi yang bagusnya aku tak alahan dengan makanan...semua jenis makanan leh suap.. tolak KAYU & BATU je..hahahaa~
 12.  Cepat rasa bosan~
   
    • Ni yang paling bahaya.. memang tak suka benda yang sama dalam masa yang lama.. aku ni shopaholic (addicted to shopping)..huhu.. kalau beli beg, tak sampai 3 bulan dah rasa bosan, nak beli baru la! hehe..setakat ni beg yang aku ada dalam 7 kot yang elok lagi nak guna.. kasut/sandal pulak ada berguni-guni yang masih elok..haha dasyat2.. nak hantar bundle tak sampai hati pulak..hohoho~

    Haa..macam tu la lebih kurang ceritanya...kalau buat assignment ni dah 
    boleh siap semua agaknya...muahahahaaha!! 
    Sekian saja..Selamat terima kasih sudi meluangkan masa untuk baca..hehehe (^_^) 

    Antara Cita-cita & Cinta

          Remaja kerap terperangkap dalam dilema mana satu hendak didahulukan, cinta atau cita-cita. Apakah cita-cita akan menguburkan cinta atau sebaliknya? Walaupun dilema ini tidak melanda semua remaja, tetapi sesetengah remaja memang menghadapi persoalan yang dianggap serius ini. Secara rasional memang mudah menjawapnya tentulah cita-cita. Tetapi itu tidak mudah diterima oleh hati. Oleh itu marilah kita renung kedua-dua perkara ini dengan lebih rasional, tenang dan realistik. Marilah kita kenal dahulu antara kedua-duanya secara lebih terperinci. Kemudian barulah kita putuskan apakah kedua-duanya terpisah atau ia dapat dilaksanakan serentak? 


           Apakah yang dikatakan cinta? Ia adalah rasa dalam diri manusia dalam bentuk sayang, suka, kasih, intim, rapat, taat dan lain-lain. Cinta bukan sekadar tertarik tetapi ia melibatkan hubungan hati yang terbentuk atas asas yang konkrit, tujuan yang suci, dengan pelaksanaan yang bersih dan menimbulkan kesan yang baik. Cinta adalah instinct (fitrah semula jadi) yang tidak payah dipelajari dan tidak boleh dihapuskan dari diri manusia. Setiap manusia ada rasa ingin dicintai dan mencintai. Rasa cinta ini boleh lahir dari dua sumber. Pertama, sumber yang datang dari Allah, yakni dari hati. Kedua, sumber yang datang dari syaitan dan nafsu. Cinta yang datang dari Allah bersifat suci, murni, kekal dan baik. Manakala cinta yang datang dari syaitan dan nafsu, bersifat kotor, sementara dan jahat.



    ANTARA “PUPPY LOVE” CINTA KILAT DAN CINTA CLASS


           Memang, cinta itu luas tetapi dalam konteks kehidupan remaja selalunya ia hanya terbatas antara cinta lelaki dan wanita. Sebagai seorang Islam cinta kita mestilah dibina atas dasar iman, dilaksanakan mengikut kaedah syariat dan kesan akhir yang diharapkan tentulah terbentuknya ikatan perkahwinan yang sah. Cinta tidak boleh didasarkan hanya atas kehendak nafsu dan perasaan semata-mata. Jika demikian, cinta dibina di atas tapak yang rapuh. Perasaan mudah berubah, nafsu sifatnya melulu. Sedangkan cinta sejati adalah sesuatu yang serius dan bermatlamat. Ia bukan satu keseronokan, kelalaian dan khayalan tetapi ia menuntut tanggungjawab dan pergorbanan. 


           Hakikat ini perlu ditegaskan justeru ramai remaja yang bercinta tetapi tidak tahu dan tidak faham apa yang sebenarnya dikatakan cinta. Apabila satu perasaan ‘suka’ tiba-tiba hinggap di hati, maka dengan ‘gopoh’ itu sudah ditafsirkan sebagai cinta. Sedangkan hakikatnya itu hanyalah satu rasa yang bersifat sementara dan dibumbui pula oleh khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. Bayangkan jika perkenalan hanya baru beberapa bulan namun ‘kemesraan’ sudah melampaui batasan, maka apakah itu yang dikatakan cinta suci? 


           Bukan untuk merendah-rendahkan perasaan remaja tetapi seperti yang dikatakan sebelumnya cinta adalah sesuatu yang konkrit, bermatlamat dan objektif sifatnya. Oleh itu kepada para remaja yang sedang diamuk cinta, tolong tenangkan gelombang cinta itu dengan bertanya apakah matlamat, tujuan dan hasil akhir yang diharapkan dari cinta itu? Atau itu sebenarnya bukan cinta tetapi sekadar buaian perasaan yang bersalut keindahan pertemuan, pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Ramai remaja yang mengalami cinta jenis ini-cinta yang datang dan pergi, bertukar-ganti, tanpa kemudi hati dan kawalan pemikiran. Dan kita namakan cinta ini sebagai cinta monyet, puppy love, atau ‘cinta kilat’. Untuk memastikan apakah cinta kita cinta class ini, maka telitilah semula asas, objektif dan cara melaksanakannya. 


           Ah, mungkin ada remaja yang akan memprotes soalan-soalan itu terlalu awal untuk ditimbulkan.”Kan saya dan si dia baru berkenalan dan kami masih belajar. Maka mana logiknya bercakap tentang semua persoalan yang serius ini? Bercakap tentang kahwin pun, lambat lagi!” detik hati remaja (mungkin...). Jika soalan-soalan konkrit mengenai cinta itu dirasakan terlalu awal dan terlalu serius untuk dijawab masa kini maka itu pertandanya ada yang sesuatu yang tidak kena dengan ‘cinta’ kita. Pertama, apa yang dialami itu bukanlah satu cinta. Kedua, masanya masih terlalu awal untuk bercinta. Maaf, ini bukan bertujuan untuk merendah-rendahkan para remaja tetapi kadangkala kita perlu mengingatkan realiti sesuatu perkara walaupun agak pahit diterima.


           Hakikatnya, apa yang dialami oleh kebanyakan remaja hanyalah perasaan ‘tertarik’ yang juga merupakan instinct biasa manusia terutamanya para remaja. Ini normal. Lelaki tertarik kepada wanita dan begitulah sebaliknya. Rasa tertarik bukan cinta, kerana ia hanya berada ‘di permukaan’ hati bukan ‘di dasar’ hati.Ia belum bersifat kekal dan boleh berubah kalau ada cabaran mendatang.Dalam situasi ini, kedua insan yang saling tertarik terdedah untuk mengecewakan dan dikecewakan.Mungkin salah seorang daripada mereka atau boleh jadi kedua-duanya akan tertarik dengan orang lain. 


    MATLAMAT CINTA


           Apakah usia remaja dianggap peringkat yang masih terlalu awal untuk bercinta? Anda tidak percaya? Baiklah, untuk melihat dengan lebih jelas dan realistik, kita mulakan dengan sesuatu yang disebut ‘begin with the end in mind’, maksudnya mulakan dengan sesuatu pengakhiran di dalam pemikiran. Jadi anda perlu bertanya, apakah hasil akhir yang anda harapkan dari cinta anda? Tentulah berkahwin, punya anak dan keluarga yang bahagia. Untuk mencapai semua itu anda perlukan apa? Ya, tentu anda perlu melengkapkan diri menjadi seorang suami atau isteri yang baik. Apakah sifat-sifat dan ciri suami atau isteri yang baik? Suami yang baik harus mempunyai ketakwaan yang tinggi dalam mendidik isteri dan anak-anak serta mempunyai sumber pendapatan yang stabil untuk menyara kehidupan keluarga. Manakala isteri yang baik pula mesti mempunyai akhlak yang baik untuk menyerikan rumah tangga. 


          Bagaimana untuk menjadi suami yang bertakwa? Bagaimana untuk menjadi isteri yang berakhlak? Bagaimana hendak mempunyai sumber pendapatan yang baik dan stabil? Jawapannya jelas, anda perlulah menuntut ilmu sama ada ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah (seperti yang anda tuntut di sekolah sekarang). Dengan ilmu agama anda boleh melengkapkan diri menjadi seorang suami atau isteri yang baik. Anda hayati rukun Iman dan laksanakan rukun Islam. Anda perlu tegakkan amalan wajib dan tinggalkan perkara yang haram. 


           Untuk itu anda melawan keinginan nafsu dan berperang dengan syaitan. Dan akhirnya terbinalah sifat mahmudah (baik) dalam diri adik dan terhindarlah sifat mazmumah (keji) dalam diri adik. Pada ketika itu anda telah bersedia untuk menjadi suami atau isteri yang soleh. Memanglah, kita tidak payah menunggu tahap yang benar-benar sempurna untuk berkahwin tetapi sekurang-kurangnya kita wajib mempunyai persediaan yang paling minimum untuk itu. Persediaan mengotakan janji-janji cinta sesungguhnya sangat sukar berbandingkan meluahkannya dalam bentuk madah dan belaian kata. 


           Tidak cukup sekadar itu, remaja perlu punya ilmu yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang baik atau memulakan sendiri perniagaan (jika anda pilih untuk berdikari). Anda perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat menengah seterusnya melayakkan diri untuk memasuki universiti. Kemudian anda perlu belajar dengan lebih gigih, lebih tekun apabila berada di universiti kerana cabaran akademik dan luarannya lebih kuat daripada apa yang dihadapi di peringkat menengah. Untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, tidak cukup sekadar lulus sahaja, tetapi anda mesti lulus dengan cemerlang. 


           Anda perlu mengorbankan masa rehat dan santai anda bagi mengulang kaji nota kuliah, merujuk buku-buku, membuat tugasan dan menulis laporan, kajian dan sebagainya. Dan jangan lupa, pada masa yang sama anda juga perlu mempraktikkan sifat-sifat muslim yang soleh seperti solat, berkasih-sayang dan mengamalkan cara hidup yang baik. 


           Nah, sekarang cuba renungkan sejenak, banyak dan panjang sungguh jalan untuk mencapai ‘hasil akhir’ cinta itu. Inilah sebenarnya iltizam cinta yang sejati dan mulia. Cinta yang diiringi oleh usaha, komitmen dan kesetiaan untuk merealisasikan matlamatnya. Cinta itu bukan di mulut. Love is a verb, cinta itu adalah tindakan dan perbuatan. Maka zahirkanlah perbuatan, tindakan dan usaha untuk buktikan cinta anda itu memang suci dan mulia. Kita hairan, betapa murahnya harga cinta yang dilafazkan oleh para remaja yang kononnya begitu suci dan mulia tetapi hakikatnya kosong matlamat, cemar pelaksanaannya dan kabur jalannya. Dan lebih malang lagi, kadangkala cinta dijadikan alat untuk memuaskan keserakahan hawa nafsu semata-mata. Remaja yang mempunyai cita-cita yang tinggi tidak akan terjebak dalam cinta kelas bawah (low class) seperti itu! 



    SUBURKAN CITA, KUBURKAN CINTA!


          Baiklah sekarang apa pula yang dikatakan cita-cita? Cita-cita ada pada setiap manusia. Fitrah manusia inginkan masa depan yang lebih baik, indah dan membahagiakan. Cita-cita berbeza dengan angan-angan kerana ia disertai oleh azam, perancangan, usaha, istiqamah, tawakal dan doa. Umat Islam adalah umat yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Kalimat azan hakikatnya ialah seruan kepada cita-cita kecemerlangan. Kecemerlangan di dunia yang berupa keuntungan, kejayaan dan keberhasilan dalam sebarang usaha dan kerja. Manakala kecemerlangan akhirat adalah keredaan Tuhan dan syurga. Cita-cita ini perlu ada dalam usaha dalam sebarang peranan, kerjaya, tugas dan tanggungjawab. 


           Cita-cita perlukan perancangan yang rapi, usaha yang gigih, kesabaran, istiqamah (konsisten) dan doa yang berterusan. Cita-cita perlu diterjemahkan ke dalam bentuk wawasan (visi), kemudian misi (tujuan), kemudian objektif dan tindakan jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek. Mesti ditukar pula kepada bentuk tindakan yang bersifat tahunan, bulanan, mingguan, dan harian. Sebenarnya inti pati cita-cita telah dijelaskan secara tidak langsung semasa menjelaskan tentang cinta sebelum ini. Ertinya, dalam cinta ada cita-cita dan dalam cita-cita ada juga cinta. Kadangkala cinta terkubur dalam kebesaran cita-cita. 


           Tetapi ada kalanya cita-cita tersulam kemas dalam keindahan cinta. Hanya jiwa yang besar sahaja yang dapat memadamkan api cinta dek kobaran cita-cita atau mengawal rasa cinta agar tidak mendominasi cita-cita. Namun buat para remaja, suka dinasihatkan dahulukan cita-cita daripada bercinta. Justeru cita-cita lebih konkrit, realistik dan utama. Kita mungkin kehilangan cinta dalam memburu cita-cita, tetapi usah risau justeru apa yang dirasakan hilang itu hakikatnya bukan cinta. Yakinlah, cinta yang hakiki akan melulut di hadapan anda sebaik tercapainya cita-cita. 


           Pada ketika itu belai dan suburkanlah pohon cinta itu dengan baik kerana anda sudah cukup layak untuk itu.Baja harta, air takwa, cahaya ilmu dan tanah iman sudah menjadi milik anda. Tetapi awas, jika cinta didahulukan daripada cita-cita, anda mungkin kecundang, pertama cinta terlalu rapuh. Sekerat jalan ia mungkin patah. Dan anda akan terjerumus dalam lembah frust dan kecewa. Dan katakanlah cinta anda dan si dia mungkin suci dan bertahan sehingga ke hujung. Malangnya apabila sampai ke hujung anda tidak punya apa-apa untuk menyuburkan pohon cinta itu. Anda ketandusan takwa, ketandusan ilmu, kekurangan harta untuk membina sebuah perkahwinan yang baik. Kerana apa? Rupa-rupanya anda silap, dalam mengejar cinta anda telah mengabaikan cita-cita. 


           Ya, bermula dengan sesuatu yang jelas dan utama. Mulakanlah dengan cita-cita. Justeru daripada tahap remaja cita-cita itulah yang lebih jelas nyata. Bersedialah unutk menyuburkan cita-cita di atas kuburan cinta. Cinta perlukan pembuktian. Kalau benar seseorang lelaki cintakan wanita kerana Allah, mestilah dibuktikan oleh tindakan ingin mengahwini wanita itu secara sah untuk sama-sama mencari keredaan Allah. Apa yang diperlukan untuk membina rumahtangga yang baik? Pertama soal yang maknawi, yakni iman (takwa), ilmu, akhlak, kesabaran dan lain-lain sifat mahmudah. Kedua soal lahiriah seperti pekerjaan, harta, rumah, kenderaan dan lain-lain. 


           Bagaimana hendak semua prasarana untuk membina rumahtangga yang bahagia di samping ‘si dia’? Jawabnya semua itu boleh dicapai dengan pelaksanaan cita-cita. Siapa yang mendahului cita-citanya, insya-Allah dia akan dapat meraih cinta. Tetapi belum tentu orang yang mendahului cinta akan dapai mencapai cita-cita malah matlamat cinta itu sendiri. Jadi cara sebaiknya ialah sejajarkan cita-cita dan cinta.Bagaimana? Cintalah sesiapa sahaja atas dasar cinta Allah, maka cinta itu secara automatik akan sejajar dengan cita-cia. Kesimpulan, cintailah cita-cita. Dan jika terpaksa, suburkanlah cita, kuburkan cinta!