click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers

Saturday, December 15, 2012

1st Wedding Anniversary VacatiOn # Korea 6D5N # Day 4 : N Seoul Tower, Trick Eye Museum, & Lotte World ~

Assalamualaikum w.b.t..

Makin hari makin menipis plak mood nak update entry..tapi berbekalkan keazaman yang tak berapa nak kuat dah ni, siap jugak akhirnya entry kali ni..huhu~

Untuk Day 4 in Korea, hari ni last kami stay dekat Namsan Guest House 3 & akan stay dekat area lain plak; dekat Hostel Korea. So, malam tadi tido lewat la duk packing balik barang-barang sebab nak check out awal-awal takut tak sempat balik sebelum jam 11 a.m. So, lepas check out, kami tinggalkan luggage dekat store. Nanti balik dari Hongdae, kami ambik balik luggage tu. Kalau ikut plan semalam, hari ni kami akan pegi ke N Seoul Tower, Trick Eye Museum, Hello Kitty Cafe & Lotte World.    

Time breakfast tu, sempat gak tinggalkan kenangan selama 3 hari 2 malam dekat Namsan Guest House 3. Rasa sayang plak nak tinggalkan tempat tu. Saya bagi 4 **** dekat Namsan Guest House sebab sangat berbaloi & selesa dengan kemudahan yang disediakan. Kalau anda-anda 1st time mai jalan kat Korea, saya suggest Namsan Guest House ! (^_^)   

Nanti pegi lagi nak tuntut balik RM1 tu..hahaa ;D

So, macam biasa lepas breakfast, kami mulakan jalan-jalan hari ke-4 ke N Seoul Tower yg dah banyak kali tertunda dek kerana kesemputan masa..hoho. Ada 2 cara untuk pegi ke N Seoul Tower ni ; 1st pegi ngan kaki & 2nd naik bas. Kami decide nak pegi ngan kaki..huhu

Keluar je dari hotel, dah mula dah confuse arah jalan mana satu nak pegi. Encik suami cakap keluar ikut jalan utama dulu tapi aku cakap lalu ikut shortcut *yang aku pandai-pandai sendiri pikir ikut logik kepala aku*, iaitu lalu kat jalan belakang Namsan Guest House sebab kan semalam naik bumbung atas hotel nampak tower tu warni-warni. Lalu ikot shortcut tu memang nak kena mendaki la..sempat gak semput senapas..hok hok! Keluar je jalan jumpa jalan utama, nampak macam dah dekat ngan tower tu..

Lepas tu, confuse plak mana satu arah nak pegi kiri ? kanan? kiri? kanan?   So pegi kiri, masuk jalan tu, then keluar balik..confuse wehh! Berapa kali bertepuk tampar ngan encik suami..aku kata tu, dia kata ni..hahhaaha~

 Lastly, kami kami decide untuk pegi ke jalan utama dekat hotel tadi & tunggu dekat bus stop. Mati-mati ingatkan dekat je tower tu..jalan kaki baru je dua lekok dah longgar skru dah..haha~

Lalu depan ni time sesat..tak masuk pon~

So, disarankan kepada anda-anda kalau nak pegi N Seoul Tower dari Namsan Guest House @ Myeongdong Station, sila naik bas sebab tower tu betul-betul dekat atas bukit! Tapi kalau nak feeling-feeling macam naik Batu Caves, silalah guna kaki..hahaha~

Bas pulak tak semua lalu ikut tower tu. Kami naik bas Namsan Tour Bas warna hijau muda, no. 05 dari Myeondong.

Ok dah sampai! 
Pheww! Tinggi kot bukit nak kena daki kalau mai jalan kaki!
Dalam hati *nasib baik naik bas*..haha~
 
Namsan Tour Bus~
Turun bas je, nak kena mendaki lagi ke puncak..ades! Jalan kejap je dah mengah..haha. Tengok ahjuma & ahjussi rilek je jalan..hoho~

Jalan depan lagi la..
Mak aih..lajunya oppa sebelah jalan..huh!
Berehat kejap kat simpang..pak cik semput wehh!
Mak cik still boleh senyum lagi time semput-semput pon..haha
AdOi makk..tak larat aihhh..! Awat tinggi bebenOr bukit nih? huhu~

Akhirnya..sampai jugak ke puncak..sejukkk!! grrrr~~

Nampak tak tengah beku tu..?
Muka semput yg masih berbaki..haha
Dah boleh senyum dah sket..hihi~
Sejuk wehh!!
Style apakah ??
Ambik gambar je..tak beli pun tiket..hihi~
Hihi :)
Hehe :D
Mmmmm..nyamannyaaa~!!

Oh padlock !
Guano muko lagu tuh? HAHA




Dalam lebih kurang sejam kat sana, kami pun gerak ke destinasi seterusnya; Trick Eye Museum dekat Hongik University a.k.a Hongdae. Kami pun naik bas Namsan Tour gak tapi nombor lain sebab kami nak pegi ke stesen subway. So, kami naik bas no. 02 turun dekat Dongguk University Station. Otw tu snap dulu pics~

Elok-elok ahjumma tukang sapu Oii..kang jatuh dalam gaung tuh..
Makin ramai pelancOng datang time kami dah nak blah~
Sambil tunggu bas, minum air dulu..hehe
Dalam bas Namsan Tour


Turun bas depan Dongguk University

Dari Dongguk University Station, kami ke Hongik University Station (Line Hijau). Keluar je dari stesen subway tu, terus keluarkan map nak pegi ke Trick Eye Museum.

Time jalan tu terpikir lapar plak, so tukar plan pegi Hello Kitty Café dulu. Lagipun dalam map tu, Hello Kitty Café dengan Trik Eye Museum dekat-dekat je, selang 1 cabang. Tapi nak cari cabang mana satu tu pun confuse gak. Cari punya cari tak jumpa gak jalan ikut map tu. Rasa macam rusa masuk kampung pun ada time tu. Bukan sebab apa, tak tahu langsung tempat tu nak pegi arah mana, nak tanya siapa..huhu. Dah tak jumpa jugak, kami teruskan plan pegi ke Trik Eye Museum & refer map 1 lagi yang lebih details. Jumpa la 1 cabang tu macam dalam map, masuk dalam & last-last jumpa gak sign board Trick Eye Museum macam yg aku baca dalam 1 blog travel ke Korea tu..hehe

Alhamdulillah.. dah sampai Trick Eye Museum! Harga tiket masuk 13,000 won sorang. Dekat museum ni, boleh la posing dekat lukisan di dinding tu. Kalau tengok dalam gambar nampak betul-betul real la..hehe

Jom posing puas2 !!  










Gambar sebagai ilustrasi jep ok! ^^






































Dah puas posing sejam, kami pun gerak balik ke Namsan Guest House 3 untuk ambik luggage dan terus ke tempat penginapan kedua kami; Hostel Korea di Sinseldong. Untuk pegi ke sana, encik suami decide naik teksi sebab susah nak bawak luggage super duper berat tu..badan tak penat, cepat pun cepat..senang cerita..huh!

Dalam teksi sempat gak berkenalan dengan driver, Mr. Lim. Kami tunjuk map ke Hostel Korea je dekat dia. Senang tak payah ukk akk ukk akk panjang-panjang pun tak faham. Tapi driver ni tahu la sket-sket speaking even tak lancar. Kalau nak tahu, teksi dekat Korea ni semua pakai GPS, yOu! Hebat-hebat~

Otw tu, sesat gak la sebab hotel tu tersorot sket.
GPS pun kadang2 pening gak..jangan salahkan dia k..huhu~
Sampai je terus check in dengan Miss Julia, yg sangat-sangat peramah & speaking very well :) 

Abaikan muka pakcik dalam gambar tu..HAHAHA
  
Dia bawak kami ke Hanok Small yang kami dah book awal-awal lagi. 1st tu memang rasa macam tak berapa ok je hanok tu sebab tandas kat luar & dapur dekat main building sebelah sana, tapi kami redha je sebab awal-awal dah plan nak rasa stay dalam hanok macam mana kan..huhu
Ni lah hanok kami :)

Our small hanOk like small roOm :)
Depan ni penyewa lain punya hanok~
Sebelahnya main rOom~
Kirinya tandas & kanan dapur orang lain punya..huhu~
Tandasnyaaa~

Lepas solat & makan tengah hari, dekat jam 4 kami siap-siap untuk pegi ke Lotte World. Dari Sinseldong Station, kami naik subway turun ke Jamsil Station tanpa perlu transfer subway. Senang je kan?

Yeah, dah sampai !
Hari dah malam tapi waktu ni baru jam 5 petang..huhu~

Di sebelahnya ticket cOunter~
Lampu yang cantik..camera pliss~

1st of all, kita ambik tiket dulu ye. Kami dapat discount sebab dapat discount coupon untuk foreigners only. Discount coupon ni boleh diambil dekat Plaza KL & sah sehingga 31/12/2012 *still ada masa lagi ye*. Kami dapat After4 Special Pass sebab masuk dalam tu selepas jam 4 petang. Aku punya tiket lagi banyak dapat discount; 15,500 won berbanding encik suami; 23,000 won..hehe female special sket la kan3? hihi~
 
Jom masuk!
1st masuk dekat area outdoor.

Yeahh..outdoor amusement park Magic Island !!
Peace (^_^)v!!
Yeahhaaaa!!
Indoor View
Tak naik pun benda ni! haha
Tak nak naikkkk !!!
Masuk dalam ni je..hoho

Dah puas outdoor, masuk dekat indoor plak. Time sampai tu ada perarakan mascot sket.
 





Home made snOw..hik hik :p
Oh, unnie sebelah over excited naik Camelot Carrousel..HAHA~
Are u ready??!
SmiLe (^__^)
Oh really hungry..pOpcOr n pLease!!! 4000 Won je~
Tercapai jugak datang kat shooting location Stairway tO Heaven ni..HAHA~
Hehe kat Ice Rink inilah Han Jung-suh (Choi Ji-woo) and Cha Song-joo (Kwon Sang-woo) main skating~
Last pic dekat indoor..jom balik!

Ok la hari dah malam. 
Time tu jam menunjukkan angka 8.30 malam, tapi Lotte World tu tutup jam 10 malam.

Apa-apa pun gue udeh capekk..jom balik!

Last pic kat dalam Lotte World Department Store~

Akan bersambung..
Terima kasih (^_^)